Sinar Kegemilangan

Penantian Sinar Islam Bakal Menjelma

  • IKLAN

  • KALENDER

    Julai 2007
    M T W T F S S
        Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

AKHIR ZAMAN…

Posted by akmalarif07 di Julai 30, 2007

Akhir zaman… AKU pernah mengatakan kepada kamu bahawa sesuatu itu mustahil kekal
dalam sesuatu keadaan. Ini adalah sunnatullah – berubah bak roda.
Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Pernah Islam gemilang pada zaman
Rasulullah, Khulafar al-Rashidin, Umaiyah, Abassiah, Uthmaniyah,
Anatolia, Safawiyah dan Mongol di India. Islam pernah dihancurkan
oleh Perang Salib, kaum Mongol dan sekularisme Kamal Ataturk. Islam
di Eropah dihancurkan oleh kombinasi Katholik antara Ferdinand dan
Isabella.

Aku katakan jangan bersedih walaupun sekarang Islam cuba dihancurkan
oleh Israel dan Amerika. Kita terpaksa menerima fakta ini, kita
sedang berada pada roda sebelah bawah. Sebelum ini bukankah kita
berada di atas? Sekarang kita berada di bawah -apa bezanya? Sama
bukan?.Ini kerana sebelum kita ke bawah, kita mengulangi kesalahan
dan dosa yang dilakukan oleh orang Umaiyah sebelum mereka hancur.
Kita melakukan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh Abbasiah
sebelum mereka hancur. Begitulah juga kita meniru kelakuan umat yang
terdahulu yang dihancurkan. Sejarah itu berulang dan manusia (annas)
itu pelupa. Maka itu kita berdebok jatuh ke bawah. Peduli apa! Kita
terimalah.
Maka itu kita di sini perlu ingat, ya situasi di negara kita sendiri.
Sekiranya kita melakukan kesalahan yang serupa yang dibuat oleh orang
yang terdahulu, kita juga akan dilanyak jadi lempeng hangus. Kalau
tak percaya tunggulah. Satu hari nanti akan ada satu “kuasa” yang
memukul kita bersepai di muka bumi, sekiranya kita tidak berwaspada
dengan konsep “roda yang berpusing” ini.

Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al-
Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin
dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam.
Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak.
Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena
pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang
bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang
miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang
mungkar dan menyuruh berbuat baik.

Allah akan memulakan tanda-tanda kecil sebelum tibanya musibah total
yang memukul habis: banyak maksiat, gejala soxxxx yang buruk, anak
muda tersalah jalan, orang tua tak sedar diri, banyaknya hiburan yang
melalaikan, berlaku bencana alam yang tak disangka-sangka. Dan banyak
lagi. Kerja kufur kepada Allah bukan saja dilakukan oleh individu
bahkan satu bangsa dan satu negara sekali gus.

Sila lihat keliling? Ada atau tidak tanda-tanda seperti ini dalam
masyarakat kita? Kalau ada, sah! Kita sedang menjunam ke bawah. Akan
ada kuasa yang kuat melanyak kita jadi lempeng hangus. Usah
tanya “kuasa” siapa itu. Kamu boleh menjawab sendiri. Aku sendiri
berpendapat kita memang menuju kepada “ke bawah”. Kerana apa?
Selalunya sunnatullah itu berlangsung selama 50-100 tahun dalam satu-
satu keadaan. Sekiranya sesuatu bangsa itu bersih, maka ia boleh
bertahan selama 300 tahun. Selepas itu mulalah melakukan
penyelewengan sehingga ia menjunam ke bawah.

Contoh mutakhir ialah Bosnia, umat Islamnya terus meninggalkan agama
dan hidup secara orang Kristian. Akhirnya Allah hancurkan mereka
dengan menjadikan kenalan, jiran, sahabat mereka sendiri sebagai ejen
pemusnahannya. Itu pengajaran.

Bangsa kita baru merdeka 45 tahun, baru satu generasi. Sekiranya kita
tidak memelihara amanat ini – amanat apa itu? – amanat Allah iaitu
agama Islam – kita akan dihancurkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Siapa
yang akan melutu kepala kita? Perhatilah keliling, siapa yang
memelihara moral mereka, siapa yang beradab, siapa yang membina ilmu –
mereka ialah orang kuffar. Siapa yang memelihara ini, dia yang
melutu kepala kita yang bobrak moralnya, yang sentiasa berdosa, yang
sentiasa berlaku zalim sesama seagama. Allah sudah berfirman dalam al-
Quran hal ini. Carilah!

Adakah kamu fikir Amerika akan kekal begitu? Tidak! Adakah kamu fikir
Israel akan kekal seperti sekarang? Tidak! Ya, mereka mungkin
berkuasa 100 tahun lagi tetapi awas, mereka akan ditewaskan. Mengapa?
Barang siapa melakukan kezaliman, akan ada “kuasa” lain menzalimi
mereka balik. Ini juga sunatullah.

Orang Yahudi melakukan kezaliman dua kali (marrotaini) saja di muka
bumi ini (ada dalam al-Quran). Pertama sejak bangsa Yahudi wujud pada
zaman Nabi Musa (membawa Bani Israel dari Mesir ke Sinai dan kemudian
ke Canaan) sehingga wujud Negara Madinah. Bani Israel memang bangsa
pilihan dan diakui oleh al-Quran. Tetapi mereka melakukan kezaliman
dengan membunuh para nabi, mengubah kitab suci, mempersendakan nabi-
nabi dan macam-macam dosa lagi. Mereka berkuasa tetapi berlaku zalim.

Apabila Islam membina negara dan tamadun di Madinah, Yahudi lupus. Di
mana saja bangsa Yahudi berada mereka dibenci, ditindas dan dizalimi –
baik di Eropah, Russia, Timur Tengah mahupun Afrika. Pernahkan anda
mendengar berabad-abad diaspora Yahudi di Eropah dihalau dan ditindas
sehingga (Holocaust) zaman Hitler? Inilah pusingan ke bawah untuk
roda Yahudi, setelah berkurun lamanya mereka berkuasa di atas
melakukan kezaliman.

Sekarang, selepas 1948 (wujudnya negara Israel), tiba kebangkitan
Yahudi semula. Awas! Ini kebangkitan Yahudi kali kedua seperti yang
tersebut dalam al-Quran. Ertinya Yahudi berada di roda atas baru 54
tahun – masih muda benar. Seperti yang biasa berlaku, sesuatu kuasa
(tamadun) itu akan bertahan paling kurang 100 tahun. Kuasa Yahudi ini
mungkin bertahan sehingga 500 atau 600 tahun lagi. Ya Allah, lama
lagi untuk menunggu Yahudi ditumpaskan untuk kali kedua dan ini untuk
selama-lamanya. Kita sudah tentu tak dapat pun melihatnya. Syed Ali
Akhbar dalam ruangannya dalam Berita Minggu pernah menurunkan ayat al-
Quran tentang Yahudi akan ditewaskan.

Bangsa Yahudi memang satu bangsa yang gigih, intelektual yang hebat
tetapi tidak bermoral, dan asabiah. Walaupun dalam Exodus dan Joshua
ada aspek yang positif orang Yahudi terhadap bangsa lain tetapi
Yahudi lebih cenderung mengambil ayat Taurat yang lebih agresif yang
konon mengatakan Tuhan membenar memusnahkan bangsa lain (kelas kedua)
di dunia ini. Sebagai bangsa pilihan Tuhan Yahudi tidak terikat oleh
mana-mana undang-undang bangsa lain.

Bangsa Palestin jika dibandingkan dengan Yahudi kata Nabi Israel Hess
ialah seumpama kegelapan dengan cahaya. Dengan itu bangsa Palestin
mesti menerima nasib yang sama seperti bangsa Amalek (satu bangsa
minoriti di bawah koloni Bani Israel); dalam Taurat, Tuhan
memerintahkan Bani Israel membunuh mereka tanpa belas kasihan – rujuk
1 Samuel 15:3). Maka itu intifadah yang dilakukan oleh orang Palestin
dianggap oleh Haim Tzuria (mewakili Yahudi) sebagai:

Di setiap generasi ada sekelompok orang yang bangkit memberontak yang
harus kita musnahkan. Kerananya, setiap generasi mempunyai Amaleknya
sendiri. Bangsa Amalek pada generasi kita memperlihatkan dirinya
dalam kebencian mendalam orang Arab terhadap kebangkitan nasional
kita di tanah leluhur kita.

Lihatlah bagaimana Yahudi memburu, membunuh rakyat Palestin sekarang
hatta orang sedang solat pun dibunuh dengan kejam yang dianggapnya
Amalek. Ini semua kerana ekstremis Yahudi yang menganggap bangsa
Semit itu (Yahudi) lebih mulia daripada bangsa Aria (Amerika), Roman
(Eropah) Arab, Ajam (Melayu), Persi, Iraq atau Afghanistan.

Seperti kata PM kita, enam juta rakyat Yahudi di Amerika amat
berkuasa dan dapat berbuat segala apa yang mereka sukai. Ada pendapat
yang mengatakan pemerintahan Amerika itu ialah ZOG (Zionist
Occupation Government) yang didominasi oleh setan dan Yahudi.

Bagaimana kita nak lanyak Yahudi yang punya kekuatan tentera, senjata
yang canggih dan disokong oleh Amerika itu? Senjata nuklear akan
digunakan tetapi tidak berkesan sepenuhnya. Memang beratus-ratus ribu
orang Islam akan mati tetapi yang lain akan bangun menentang. Mari
kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman
ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak
benar, melainkan benar belaka.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan
berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar
Rasulullah. Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman
nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-
tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya
setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di
dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan
segala macam tanam-tanaman.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti
hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda
Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika
sejak 1991. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan
berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini
ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban.
Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan
Eropah.

Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata
Rasulullah seterusnya. Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan
berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99
orang daripada 100 orang akan mati.

Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika
bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh
paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di
sungai Furad).

Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel
akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang
Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah
dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani
Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan
dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati
mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar –
ibu segala peperangan – Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan
Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.

Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam
akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu
pertiga lagi menang. Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian
orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka
semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut
mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka
tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat
bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah
yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang
mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok
bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari
pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan
oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan
jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak.
Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan.
Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu,
sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman. Sejarah
bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat
cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-
kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof
masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.

Jadi, sekiranya kamu hendak ke Jurusalem, silakan! Mungkin kamu boleh
menawannya tahun depan. Kekuatan kamu ialah kerana kelemahan kami,
seperti yang kamu katakan kami menyeleweng jauh dari landas agama,
melakukan dosa besar dan kecil dan lalai dari menyuruh berbuat baik
dan mencegah mungkar. Tetapi awas! Umat Islam akan merebut kembali
seluruh Jurusalem seperti Salehuddin Al-Ayubi merebutnya daripada
orang Kristian (walaupun 88 tahun lamanya dijajah).

Kamu berpegang kepada Protokol tetapi kami kepada al-Quran. Kami
tidak takut mati kerana mati melawan kamu adalah mati syahid. Allah
menjanjikan syurga untuk kami. Sejuta sahabat kami mati, tak apa,
sejuta terus masuk syurga tanpa hisab. Alhamdulillah! Tetapi kamu
mati katak, satu sen tak berharga kerana kamu kaum kuffar.

Selepas daripada ibu segala peperangan ini berakhir, Amerika, Eropah
dan Israel dapat ditewaskan. Dunia akan diperintah oleh orang Islam.
Dunia kembali aman, makmur dan sejahtera sehingga orang kaya
berkeliling dunia mencari orang yang layak menerima zakat tetapi
tidak bersua (mafhum Hadith Nabi s.a.w.).

untuk renungan dan tindakan kita bersama…



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: