Sinar Kegemilangan

Penantian Sinar Islam Bakal Menjelma

  • IKLAN

  • KALENDER

    Julai 2007
    M T W T F S S
        Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

GAMBARAN UMUM ERA KEBANGKITAN ISLAM

Posted by akmalarif07 di Julai 30, 2007

Gambaran Umum Era Kebangkitan


Al-Quran merupakan mukjizat Nabi kita Muhammad SAW yang kekal lagi
sentiasa bersifat tajdid (membawa pembaharuan) pada setiap waktu dan
generasi manusia. Antara mukjizatnya yang sentiasa membawa
pembaharuan ialah perkhabaran yang dibawa oleh Junjungan Rasulullah
SAW tentang masa depan kehidupan manusia,masa depan Islam dan era
yang dinanti-nantikan mengenai kebangkitan Islam. Pada masa itu Allah
akan mengurniakan kemenangan Islam dengan tertegaknya seluruh aspek
kehidupan Islam, sungguhpun menerima tentangan hebat dari golongan
musyrikin dan kafir.

Era kebangkitan Islam merupakan topik perbahasan kita. Ia merupakan
era kebangkitan atau zuhur Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu.
Pada hakikatnya tidak wujud perbezaan sama sekali tentang ratusan
hadis Rasulullah SAW yang membawa perkhabaran gembira ini,
sepertimana yang diriwayatkan oleh para sahabatnya, para tabi’in dan
para pengumpul koleksi hadis-hadis sahih dari berbagai mazhab dan
aliran fahaman mereka. Malahan hadis-hadis di bawah topik ini
bertambah menjangkau seribu hadis apabila disandarkan kepada para
Imam dari kalangan ahl al-Bayt Rasulullah SAW. Hujahan para Imam itu
sebenarnya merupakan bahasan dan kupasan dari bapa-bapa mereka yang
suci dan akhirnya kembali kepada datuk mereka Nabi Muhammad SAW juga.

Hadis-hadis yang suci itu merakamkan gambaran yang menyeluruh tentang
senario dunia global pada era kebangkitan khususnya mengenai lokasi
atau persekitaran utama era kebangkitan yang merangkumi wilayah
Yaman, Hijaz (Semenanjung Arabia), Iran, Iraq, Syria, Palestin, Mesir
dan Maghribi (Algeria). Dalam penggambaran tersebut penekanan
ditumpukan kepada peristiwa-peristiwa besar, nama-nama tempat,
peribadi-peribadi penting dan huraian-huraiannya. Sehubungan ini saya
berusaha memaparkan nas-nas yang terang untuk memperkukuhkan huraian.
Bab ini merupakan gambaran umum tentang era kebangkitan sebelum
memasuki bab-bab yang lebih terperinci.
Menurut keterangan hadis-hadis Rasulullah SAW dan para Imam bahawa
pergerakan zuhur Imam al-Mahdi bermula di kota suci Makkah selepas
berlakunya gerakan pendahuluan secara global. Senario dunia yang
terpenting ialah tercetusnya pertarungan yang hebat di antara pihak
Rom atau Barat (Blok Kapitalis) dengan pihak Turki dan para
penyokongnya (Pihak Rusia atau Blok Komunis). Pertarungan itu
berlarutan sehingga tercetus pula Perang Dunia Ketiga.Dalam masa yang sama di dunia Islam muncul pula dua buah pemerintahan
yang mendokong kebangkitan al-Mahdi di

Iran dan Yaman. Kerajaan yang
mendokong al-Mahdi di
Iran telah wujud beberapa waktu lamanya.
Pemerintahan ini bertahan lama dalam menghadapi pergolakan yang
panjang serta berupaya memenanginya. Sejurus sebelum zuhurnya Imam
Zaman tampil dua tokoh utama pendokongnya iaitu Sayyid al-Khurasani
sebagai pemimpin politik dan Syu’aib bin Sholeh selaku pemimpin
tentera. Tegasnya bangsa
Iran di bawah kedua-dua tokoh ini memainkan
peranan yang amat penting dalam pergerakan zuhur al-Mahdi.
Selanjutnya para pendokong al-Mahdi di kalangan bangsa Yaman hanya
muncul beberapa bulan sebelum kebangkitan al-Mahdi. Mereka berperanan
mengisi kejatuhan politik golongan pemerintah di Hijaz atau
Semenanjung Arabia. Dalam masa yang sama mereka mendokong pergerakan
kebangkitan al-Mahdi di Hijaz.
Alasan utama berlakunya kelemahan aspek pemerintahan di Hijaz adalah
akibat terbunuhnya raja yang dungu dari regim mereka yang bernama
Abdullah. Malah beliau merupakan raja atau pemerintah yang terakhir
regim tersebut. Berikutnya berlaku konflik politik yang sengit di
kalangan anggota regim tersebut sehingga munculnya Imam al-Mahdi.

Maksudnya : Adapun apabila matinya Abdullah, orang ramai tidak pernah
dapat bersatu selepasnya. Keadaan ini tidak dapat diredakan sehingga
kemunculan Imam kamu dengan izin Allah. Berlalu masa yang singkat
yang hanya memunculkan pemimpin untuk beberapa bulan dan hari. Abu
Bashir berkata: Adakah masa itu lebih panjang lagi. Lalu dikatakan :
Sekali-kali tidak. Selepas kematian Raja Abdullah berlaku pertarungan
sengit antara kabilah di Hijaz.

Maksudnya : Di antara tanda-tanda berlakunya kiamat ialah berlakunya
peristiwa besar di antara al-Haramain (Kota suci Makkah dan Madinah)
Aku bertanya apakah peristiwa besar itu? Katanya: Wujudnya rusuhan
Asobiyyah (perkauman) di antara al-Haramain, Fulan anak Fulan telah
membunuh
lima belas orang pemimpin.Bermulanya alamat terpenting zuhur al-Mahdi ialah kedengaran seruan
daripada langit pada 23 Ramadhan. Sayf bin `Umairah berkata: Saya
duduk di sisi Abu Ja’afar al-Mansur. Beliau berkata: Wahai Sayf
bin `Umairah Semestinya akan kedengaran seruan daripada langit yang
menyeru nama seorang laki-laki dari keturunan Abu Talib. Kataku:
Benarlah kata-kata mu itu wahai Amir al-Mu`minin. Berkata al-Mansur:
Riwayatkanlah kepadaku tentang hal itu. Saya menegaskan: Bahawa
peristiwa tersebut akan berlaku selepas zaman kita ini. Al-Mansur
berkata: Wahai Sayf! Sesungguhnya ia adalah peristiwa yang benar.
Apabila ia benar-benar berlaku maka golongan kamilah yang terawal
menyahut seruan itu,kerana seruan itu datangnya daripada seorang laki-
laki dari keturunan bapa saudara kami. Aku menyatakan: Beliau adalah
seorang laki-laki dari keturunan Fatimah? Al-Mansur berkata: Benar
wahai Sayf , beliau adalah Muhammad bin Ali .
Selepas kedengaran seruan daripada langit itu al-Mahdi mula
menghubungi para pengikut dan penyokongnya secara sulit. Namun
demikian musuh-musuh al-Mahdi merasa amat bimbang dengan berita
kemunculannya lantas mereka sibuk memperkatakannya. Orang ramai
percaya bahawa Imam al-Mahdi berada di kota Madinah al-Munawwarah.
Pihak pemerintah Hijaz dengan dibantu oleh tentera Sufyani daripada
Hijaz menjalankan gerakan pembenterasan ke atas pengikut dan
penyokong al-Mahdi. Di samping mereka berusaha menghentikan
perbalahan kabilah di Hijaz mereka juga menumpukan perhatian di
Madinah. Setiap keturunan Hasyimi ditindas, membunuh para pengikutnya
serta memenjarakan yang lainnya.
Sufyani menuju ke Madinah membunuh para pengikut al-Mahdi. Setiap
keluarga keturunan Nabi Muhammad dibunuh dan dipenjarakan tanpa
meninggalkan seorang pun daripada mereka. Di ketika al-Mahdi keluar
daripada buruan mereka mengikut Sunnah Nabi Musa a.s. iaitu secara
bersembunyi dan mengintai-intai, sehinggalah beliau berjaya tiba ke
Makkah.Di Makkah, al-Mahdi menghubungi para pengikutnya sehingga bermulanya
pergerakan pentingnya di BaytuLlah al-Haram pada malam kesepuluh
bulan Muharram selepas solat `Isya`. Sejurus selepas itu beliau
menyampaikan ucapan pertamanya kepada penduduk Makkah. Musuh-musuhnya
berusaha membunuhnya. Akan tetapi para pengikutnya mengelilinginya
dan mempertahankannya. Selanjutnya mereka berjaya menguasai Masjid al-
Haram dan kemudiannya menguasai seluruh

kota Makkah.Pada waktu awal pagi hari kesepuluh Muharram Imam al-Mahdi
menyampaikan ucapannya kepada seluruh penduduk dunia melalui berbagai
bahasa supaya mereka memberikan sokongan kepadanya. Beliau
mengisytiharkan akan tinggal di Makkah sehingga tibanya datangnya
pertolongan Allah yang dijanjikan oleh datuknya Rasulullah SAW.
Pertolongan Allah itu dalam bentuk bencana yang menimpa tentera-
tentera musuhnya yang sedang menuju ke Makkah untuk memusnahkan
pergerakannya.
Berikutnya berlakulah bencana yang menimpa tentera Sufyani yang
sedang menuju ke Makkah. Sehubungan ini Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan (alangkah hebatnya) jikalau kamu melihat ketika mereka
(orang-orang kafir) terperanjat ketakutan , maka mereka tidak dapat
melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat. (Surah
Saba`, 34 ayat 51)Selepas pertolongan Allah yang telah membenamkan musuhnya Imam al-
Mahdi menuju ke Madinah dari Makkah bersama sepuluh ribu tenteranya
dan berjaya membebaskan Madinah. Dengan pembebasan al-Haramain
bermakna sempurnalah pembebasan Hijaz.
Berikutnya al-Mahdi dan tenteranya menuju ke Selatan Iran serta
bergabung dengan tentera
Iran di bawah pimpinan al-Khurasani dan
Syu’aib bin Soleh. Semua tentera itu memberikan bay’ah kepada
Imam.Mereka menuju ke Basrah.Setelah berlaku pertempuran hebat Basrah
dibebaskan.
Imam masuk ke Iraq dan menewaskan kekuatan Sufyani serta kekuatan
Khawarij. Imam mengisytiharkan
Iraq sebagai pusat pemerintahannya dan
Kufah menjadi ibu negaranya. Ketika itu Yaman,
Hijaz, Iran, Iraq dan
negara-negara Teluk menjadi wilayah pemerintahannya. Selepas
pembukaan
Iraq, kerajaan Imam berjaya menguasai Turki atau Rusia
dengan mudah kerana pihak Rusia telah menjadi lemah selepas Perang
Dunia Ketiga.Pergerakan tentera besar al-Mahdi selanjutnya ialah menuju ke Baitul
Maqdis untuk membebaskannya. Dalam perjalanan itu mereka bertempur
dengan tentera Sufyani di Marja `Azra` berhampiran dengan

Damsyik,
Syria. Tentera Sufyani amat lemah berhadapan dengan tentera al-Mahdi
akan tetapi di belakang mereka terdapat pihak Yahudi dan kuasa-kuasa
Barat melindungi mereka. Berlakulah pertempuran yang hebat di antara
tentera al-Mahdi dengan tentera Sufyani yang dibantu oleh tentera
Yahudi dan tentera-tentera bersekutu Barat.
Medan pertempuran itu
meliputi Aka di Palestin , Baytul Maqdis, Damsyik hingga ke
Antioch,
Turki.
Turunlah pertolongan Ilahi sehingga tentera-tentera al-Mahdi berjaya
mengalahkan tentera-tentera bersekutu. Akhirnya mereka berjaya
membebaskan Baytul Maqdis. Pihak Barat Kristian amat terkejut dengan
kemenangan dan kemaraan tentera-tentera al-Mahdi yang berjaya
mengalahkan tentera-tentera Yahudi lalu mereka mengisytiharkan perang
ke atas al-Mahdi. Ketika itu mereka dikejutkan pula dengan turunnya
Isa al-Masih dari langit ke Baytul Maqdis. Sehubungan ini al-Masih
mengisytiharkan kepada seluruh dunia khususnya pengikut Kristian
bahawa turunnya beliau adalah suatu berita gembira kepada umat Islam
dan pengikut agama Masihi.
Al-Masih juga mengisytiharkan bahawa beliau adalah penghubung di
antara al-Mahdi dengan pihak Barat. Dalam tempoh dua tahun selepas
peristiwa itu ramai di kalangan orang-orang Kristian Barat memeluk
Islam dan menjadi penyokong Imam al-Mahdi. Pada ketika itu tentera al-
Mahdi telah menjangkau sejuta orang jumlahnya. Al-Masih
mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong dan pengikut al-Mahdi malah
beliau solat di belakang Imam al-Mahdi di Baytul Maqdis.

Selepas pembebasan al-Quds pergerakan tentera al-Mahdi menuju ke
Barat untuk membebaskan Eropah dan dunia Barat. Dengan kejatuhan
Barat ke tangan tentera al-Mahdi dan al-Masih maka tertegaklah daulah
sejagat di bawah pimpinan al-Mahdi.

Setelah tertegaknya pemerintahan Islam di seluruh alam dan umat
manusia memeluk Islam beramai-ramai, al-Masih wafat lalu Imam al-
Mahdi menyembahyangkan jenazahnya dan dikebumikan disisi makam
bondanya Maryam di Baytul Maqdis.

Berikutan tertegaknya pemerintahan Islam sejagat Imam al-Mahdi
melaksanakan agenda-agenda ketuhanan ke atas seluruh penduduk bumi
dalam berbagai lapangan kehidupan. Dunia global menikmati kemajuan
dan kemakmuran. Kebudayaan dan peradaban manusia menyerlah dalam
lapangan kerohanian dan kebendaan, lebih-lebih lagi berbagai bidang
ilmu baru diterokai dan dikembangkan.Penduduk bumi mula berhubung dan
meneroka planet-planet yang lain. Malahan terbuka pintu alam ghaib
dengan alam syahadah ini. Sebilangan para Anbiya` dan para Imam
dikembalikan ke bumi pada era ini. Berlakulah tanda-tanda terakhir
kiamat dan permulaannya.

Pada ketika itu bermula pula gerakan Dajjal yang terlaknat dengan
segala fitnahnya. Justeru itu berlaku pula gerakan untuk
menyelewengkan perkembangan ilmu dan sains di ketika dunia menikmati
kecemerlangan peradabannya. Dajjal mengeksploitasi kemajuan sains dan
teknologi dan memperalatkan kaum cendekiawan dan kaum wanita dalam
gerakan penentangannya itu. Dengan izin Allah, Imam al-Mahdi dan
kerajaannya berjaya menghapuskan Dajjal dan para pengikutnya.

Inilah gambaran umum tentang pergerakan al-Mahdi yang dijanjikan itu
serta revolusi globalnya. Justeru itu fitnah besar yang terpaksa
diharungi oleh umat Islam dewasa ini adalah fasa permulaan era
kebangkitan al-Mahdi yang dijanjikan.  

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: