Sinar Kegemilangan

Penantian Sinar Islam Bakal Menjelma

  • IKLAN

  • KALENDER

    Julai 2007
    M T W T F S S
        Aug »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

POLISI IMPERIALISME AMERIKA DI AMERIKA LATIN

Posted by akmalarif07 di Julai 30, 2007

Sejak Columbus berjaya menemukan benua baru, maka mata imperialis Eropah langsung tertuju ke sana, dengan maksud untuk mengeksploitasi dan menghabiskan kekayaan alamnya, memperhamba dan menguasai rakyatnya. Maka, Amerika Selatan dan Tengah secara mayoriti ketika itu jatuh ke tangan imperialis Sepanyol dan Portugal.

Sehinggakan cengkeraman singa di wilayah tersebut sememangnya untuk kepentingan Spanyol. Ianya kemudian memastikan amalan imperialisasinya yang biadab dengan cara meningkatkan tindakan jenayah yang kejam, dan yang disebut sebagai hak untuk melakukan kerosakan secara kolektif kepada ramai rakyat tempatan. Tindakan terorisme ini dalam realitinya merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada idea imperialisme. Malahan ini merupakan bukti dan realiti sejarah tentang kekejaman dan merbahayanya imperialisasi mereka keatas bangsa-bangsa di muka bumi ini. Baik Spanyol mahupun Portugal, masing-masingnya pada awal serangan dan imperialisasinya telah mengincar wilayah tersebut, terutamanya dua negara  Mexico dan Brazil. Sebab, kedua-dua negara tersebut merupakan jalan masuk untuk menguasai seluruh Amerika Latin, termasuk wilayah Caribia. Sedangkan Amerika Syarikat, Canada dan mayoriti wilayah Caribia ketika itu jatuh kedalam cengkeraman imperialis British dan Francais. Dan cengkeraman singa di wilayah tersebut sememangnya untuk kepentingan British.

Kemudian masing-masingnya menyusun kekuatan untuk berperang dan saling berebut untuk menjajah dan mengeksploitasi wilayah-wilayah tersebut, yang kemudian peperangan tersebut dimenangi oleh British. Dengan demikian, British berjaya menguasai sebahagian besar wilayah selatan daripada Benua Amerika termasuklah wilayah Caribia. Bangsa Amerika Latin, merupakan bangsa yang terbesar di dunia, yang telah letih dijajah dan menderita kerana penganiayaan yang telah menghancurkan keluarga dan keturunan mereka, sejak lebih dari empat abad.

Meskipun mengalami keletihan yang hebat kerana penjajahan tersebut, bangsa ini sentiasa berusaha untuk melawan imperialisasi tersebut dengan mati-matian. Ianya terus-menerus melawannya dengan berbagai-bagai kekuatan, namun tetap gagal melepaskan diri daripada imperialisasi tersebut. Sebabnya adalah kerana ianya berjuang untuk menuntut kemerdekaan dengan meminta bantuan imperialis (penjajah) untuk menentang imperialis yang lain. Iaitu, meminta bantuan imperialis Amerika untuk membebaskan keadaannya dari imperialis Eropah.

Maka, Amerika Syarikat tidak membantu bangsa tersebut dan juga tidak menghabiskan kekayaannya agar ianya terbebas dari Eropah dan proses imperialisasinya yang kejam, tetapi Amerika menyalakan kebencian bangsa ini untuk menentang cengkeraman Eropah, serta menyokong gerakan-gerakan kemerdekaan agar Amerika dapat menggantikan kedudukan orang-orang Eropah itu untuk merampas, mengeksploitasi, memperhamba, menumpahkan darah, mencengkeram dan menjajahnya.

Dengan demikian, bangsa ini telah keluar dari satu mulut imperialis untuk masuk mulut imperialis lain yang lebih merbahaya, biadab dan jahat. Akhirnya bangsa ini juga membawa kebencian yang mendalam, permusuhan yang menancap di dalam kalbu dan perasaan, dendam yang mengakar kepada Amerika Syarikat sebagai negara imperialis dan juga raja kepada terorisme. Bangsa ini akhirnya telah berusaha mati-matian untuk keluar dari cengkeraman dan kekuasaan Amerika yang tertanam dalam hati mereka. Tetapi, semua usaha mereka telah gagal, sebab usaha tersebut dilakukan mengikut petunjuk Amerika, sedangkan Amerika Syarikat yang mengendalikannya, serta yang menentukan arah dan tujuannya.

Dengan keadaan seperti ini, bangsa ini tetap lemah, diperhamba, terhina, serta negerinya tetap menjadi ladang Amerika Syarikat, selama mereka tetap dikuasai oleh pemikiran politik yang buruk, yang telah bermaharajalela di tengah masyarakat dan ummat. Antara lain, adalah ketidaktahuan mereka tentang realiti polisi imperialisme Amerika, serta tentang hakikat kemerdekaan, ummat, asas ideologi yang benar yang dijadikan sebagai asas kemerdekaan. Bangsa ini telah mendapatkan kesempatan emas untuk melepaskan diri daripada imperialis Eropah, tetapi mereka gagal memanfaatkan kesempatan tersebut, kerana buruknya pemikiran politik mereka. Yang kemudian menyebabkan mereka jatuh ke tangan imperialis Amerika.

Ini berbeza dengan apa yang dialami oleh apa yang disebut dengan bangsa Amerika. Kedua-dua bangsa tersebut sama-sama menghadapi masaalah yang sama, tetapi bangsa Amerika telah memimpin perang kemerdekaan dengan bersandar kepada dirinya sendiri. Kemudian berjaya untuk menguasai keadaan negara untuk keluar daripada imperialisasi dan cengkeraman jahat British. Lalu berjaya mendirikan apa yang kemudian disebut dengan United Federation of Amerika. Setelah itu, Amerika Syarikat membina kekuatan politik, ekonomi dan militernya, sehinggakan menjadi kekuatan yang diperhitungkan. Tidak terhad di situ sahaja, malahan ia telah berjaya melawan intervensi (campur tangan) Eropah dalam urusan dalaman, serta mengancam akan memerangi Eropah terus-menerus, apabila mereka tidak bersedia meninggalkan cengkeraman dan intervensinya.

Dan segera sahaja ia mengancam kepentingan Eropah di Amerika Latin. Ia membakar dan men-dorong timbulnya kebencian bangsa ini untuk melawan imperialis Eropah, serta mendorong dan membantu gerakan-gerakan kemerdekaan. Bukan kerena kasihan dan iba kepada bangsa ter-sebut, juga bukan kerana ingin membebaskannya dari cengkeraman imperialis Eropah, tetapi setakad untuk menjajahnya dan mencekeramkan kekuasaannya keatasnya. Setelah itu, me-mastikan cengkeramannya keatas sebahagian besar pulau Caribia dan Canada. Alaska dibeli dari Russia, lalu digabungkan dengan wilayah Amerika Syarikat, sehinggakan menjadi dunia baru di bawah cengkeraman Amerika.Amerika Syarikat juga berjaya untuk memastikan cengkeramannya pada peringkat antar bangsa yang sebelumnya merupakan negara-negara besar di bawah slogan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), diantaranya melalui Dewan Keamanan, dan inilah yang ketika ini digunakan untuk mencengkeramkan kekuasaannya di peringkat antar bangsa pada seluruh dunia dengan slogan Tata Dunia Baru, dan Restrurisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Khasnya setelah Amerika berjaya menghancurkan Sosialisme dan United State of Sosialis Russia (USSR), serta menciptakan kegawatan politik, ekonomi agar dapat melemahkan dan menguasainya, termasuklah setelah kejayaannya menjajah sejumlah besar negara Eropah, seperti Jerman, Itali, Portugal dan Yunani, maka Amerika Syarikat melangkah dengan sungguh-sungguh dan licik untuk mencengkeramkan kekuasaan dan imperialisasinya keatas Francais, British, Russia, China, serta mengambil kuasa British dan Francais daripada Asia, Afrika serta untuk menggantikan kedudukan Russia di beberapa negara yang menjadi kekuasaannya di Eropah dan Asia.

Inilah keadaan bangsa Amerika dan Amerika Syarikat, yang sangat berbeza dibandingkan dengan keadaan bangsa dan negara-negara Amerika Latin, yang sentiasa dicengkeram di bawah kekuasaan imperialis Amerika, dan terus-menerus menderita akibat kesan buruk penjajahannya dan tetap mengancam kedudukan mereka. Sedangkan masing-masingnya pernah menghadapi masaalah yang sama, disamping Amerika Latin jumlah kekayaan, bahan alam dan penduduknya lebih banyak. Tetapi, masalahnya bukanlah masalah kuantiti manusia, kekayaan dan harta, melainkan masaalah pemikiran politik. Antara lain, mengambil pelajaran berdasarkan berbagai-bagai reailiti yang dapat menghilangkan dan menghancurkan kekuatan politik. Di antara realiti itu adalah meminta bantuan kepada imperialis satu untuk mengusir imperialis lain, yang merupakan tindakan bunuh diri politik (yang dapat membunuh) kekuatan politik. Sebab, Amerika tidak berbeza dengan Eropah. Ideologi Kapitalisme yang menjadi asas negeri-negeri tersebut adalah ideologi yang merbahaya, dan mengancam penduduk dunia ini. Ia merupakan punca kesengsaraan dunia, dimana imperialisme merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada ideologi pembunuh tersebut.

Imperialisme merupakan metod untuk menyebarkan ideologi busuk ini ke seluruh dunia.Kerana itulah, maka tidak menghairankan apabila Amerika Syarikat menggantikan kedudukan Eropah untuk menjajah Amerika Latin, atau berusaha untuk menguasai Eropah, Russia, China atau menggantikan kedudukan Russia di Afghanistan. Kerana itu pula, tidak menghairankan apabila Amerika Syarikat juga melakukan perampasan keatas tanah-tanah dari Amerika Tengah, kemudian menggabungkannya dengan Amerika Syarikat dengan cara kekerasan dan perang, khasnya tanah-tanah yang kaya akan kekayaan alam. Amerika Syarikat telah mengambil dengan paksa lebih daripada separoh tanah Mexico dengan kekuatan militer. Tanah-tanah tersebut telah jatuh kedalam cengkeraman Amerika dan dianggap sebagai bahagian daripada Amerika Syarikat, seperti Texas dan California. Kekayaan alamnya kemudian dirompak untuk kepentingan penduduk Amerika Syarikat bahagian utara.Dan untuk kepentingan imperialisasi dan penguasaan tersebut, Amerika Syarikat telah melakukan intervensi dalam urusan negara-negara tetangga yang lemah. Ia melaksanakan terorisme di sana dengan berbagai-bagai cara dan bentuknya, agar dapat menciptakan ketakutan dan kecemasan di Amerika Latin dan sebagainya, kepada negara-negara kuat agar tidak pernah berfikir untuk melepaskan diri daripada penjajahan dan cengkeraman Amerika. Maka, ia telah melakukan intervensi dan terorisme di Chili, Dominica, Guwatamala, Granada, Elsavador, Nicaragua dan Panama.Sedangkan polisi imperialisme Amerika di Amerika Latin dapat dihuraikan secara ringkas, sebagai berikut:

1) Bertumpu kepada militer dan para jeneral untuk menjadi pemimpin negeri tersebut. Dan juga merahsiakan kerja ejensi orang-orang militer tersebut untuk kepentingan Amerika, agar mereka memerintah (pemerintahan) negeri tersebut secara diktator dan kuku besi.

2) Bertumpu kepada revolusi militer melalui cengkeramannya keatas para jeneral dan hubungan mereka dengan ejen perisikan Amerika, sebagai cara untuk untuk merubah alat-alat pemerintahan di negeri-negeri tersebut, apabila keadaannya menuntut untuk mengekalkan cengkeramannya keatas negeri tersebut.

3) Bertumpu kepada politik intervensi langsung mahupun tidak langsung di negeri-negeri ini, dengan menggunakan alasan Demokratisasi, atau ancaman yang direka-cipta di negeri-negeri tersebut.

4) Bertumpu pada cara pembinaan pangkalan militer dan intervensi militer di negeri-negeri yang lemah untuk mencengkeram atau menguatkan semula cengkeraman tersebut, atau menundukkan negara-negara kuat yang lain, mahupun negara yang dianggap mengancamnya, seperti Mexico dan Brazil. Supaya, negara ini tidak berfikir untuk membebaskan diri dan bersatu untuk menentang imperialisasi Amerika dan berusaha untuk mengusirnya dari Amerika Latin serta berusaha untuk membebaskan daerah-daerah yang dirampas dari cengkeraman Amerika Syarikat. Maka, ia takut terhadap wujudnya persatuan antara Mexico dengan Brazil. Kerana hal itu akan menyebabkan Amerika Latin bersatu semula dengan mudah.

5) Amerika Syarikat ingin memasukkan Brazil dan Mexico ke dalam Dewan Keamanan, setelah terjadinya restrukturisasi PBB, untuk menumbuhkan permusuhan keatas kedua negara tersebut. Juga untuk menguatkan imperialisasi Amerika Syarikat di Amerika Latin, serta menghilangkan ancaman yang mungkin terjadi. Sebab, Amerika Syarikat menganggap bahawa Amerika Latin itu ibaratnya seperti hutan politik yang lebat, apabila api telah menyala di sana, maka cengkeraman Amerika akan terlepas, dan pastinya Amerika Syarikat tidak akan mungkin memadamkannya, maka ia akan membakar Amerika Syarikat.

6) Menciptakan kegawatan ekonomi dan politik secara berterusan di dalam negeri-negeri ini, agar negeri-negeri ini berpusing-pusing dalam pusingan kekacauan dan mengekalkannya dalam keadaan seperti itu agar tetap menjadi negara yang terbelakang dari segi ekonomi dan politik, termasuklah militer.

7) Memastikan cengkeramannya keatas para pemimpin negeri tersebut, termasuklah keatas urusan politik, pemikiran dan seluruh parti politik dari ujung sebalah kanan hingga ke ujung sebelah kiri, juga keatas gereja-gereja melalui alat-alatnya yang sentiasa menjalin hubungan dengan ejen perisikan Amerika. Ia juga memastikan cengkeramannya keatas industeri dan produksi di negeri-negeri ini. Menimbun kekayaan alam dan rizabnya melalui syarikat-syarikat dan pelaburan-pelaburan Amerika.

8) Bertumpu kepada apa yang disebut dengan pemberian bantuan ekonomi, militer dan pinjaman kepada negeri-negeri tersebut, agar tetap digenggam dalam genggaman imperialis Amerika dengan genggaman yang kukuh.

9) Bertumpu kepada politik permusuhan yang tidak langsung, seperti membuat kerusuhan, kekacauan, melakukan pembakaran kemudian memberikan bantuan-bantuan militer dan kewangan kepada apa yang disebut sebagai gerakan sparatis dan puak-puak mafia, dengan tujuan untuk mencipatakan keresahan dan kekacauan politik di negeri-negeri tersebut, supaya bangsa ini tetap hidup dalam keadaan miskin, hina dan kacau selama-lamanya.

10) Melakukan tekanan politik keatas negeri-negeri tersebut agar melaksanakan politik Neo-Liberalisme dan Ekonomi Pasar Bebas, supaya memper-cepatkan perompakan keatas kekayaan alamnya. Juga agar dapat mengendalikan pemecahan negeri-negeri tersebut, bila-bila masa ia kehendaki.

11) Mengekalkan wujudnya pengangguran dengan berbagai-bagai bentuknya. Dan pengangguran yang digariskan oleh Amerika Syarikat dan diciptakan di negeri-negeri ini merupakan polisi Amerika yang paling merbahaya, dengan tujuan untuk mengekalkan negeri-negeri tersebut sebagai pengikutnya, dan agar tidak mampu untuk berdiri sendiri atau berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkeraman imperialisasinya yang jahat.

12) Bertumpu kepada politik manipulasi dan eksploitasi pemikiran dengan berbagai-bagai macam dan sifatnya, dengan tujuan untuk menciptakan fitnah dan gejolak dalaman, agar wujud kekacauan yang dahsyat di negeri tersebut, agar boleh melengahkan kekuatan politik dan pemikiran yang ada dapat, dan menghancurkan antara sebahagian yang satu dengan yang lain. Dengan cara itu, masyarakat lupa untuk berfikir menyerang Amerika Syarikat, imperilisasi dan alat-alatnya serta upaya untuk menghancurkannya sampai ke akar umbinya. Untuk itu, maka Amerika Syarikat berusaha untuk menutup celah bangkitnya USSR untuk menanamkan pemikirannya di Amerika Latin untuk membakar atau menuai sebelum masanya. Supaya pemikiran tersebut menjadi alat yang praktikal untuk menciptakan kekacauan yang menyeluruh di negeri-negeri tersebut, serta menciptakan kekacauan politik yang mendalam di sana dengan slogan “Perjuangan Tidak Kenal Letih”. Slogan yang disebarkan oleh ejennya, Fidel Castro yang diasuh dalam asuhan ejen perisikan Amerika.Inilah politik Amerika yang paling menonjol dalam melaksanakan imperialisasi keatas Amerika Latin dan mencengkeramnya, agar negeri-negeri, bangsa dan parti-parti di sana tetap dalam keadaan dicengkeram, diperhamba, dihinakan dan dieksploitasi. Dan agar negeri-negeri tersebut tetap menjadi ladangnya selama-lamanya.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: